Friday, June 1, 2018

Aktiviti Ramadhan

Hari ni 16 ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan saya hanya menjual lekor mentah shj. Memang dah menjadi kebiasaan saya akan kurangkan aktiviti niaga pada bulan Ramadhan.

Sepanjang ramadan sy banyak belajar strategi perniagaan. Ramai orang kita yang nak berniaga tetapi tiada ilmu. Kalau ade ilmu pun tak tau mcm mn nk apply dlm bisnes..

Boleh dikatakan hari2 saya ke bazar ramadan. Saya suka tgk cara mereka berniaga. Saya belajar dengan melihat cara mereka berniaga. Jujur saya katakan ada diantara mereka berniaga tanpa ada matlamat yg jelas...kalau mereka ada satu matalamat yg jelas sy pasti kedai mereka pastinya menarik, waktu mula niaga pasti awal, susunan produk mereka pasti cantik dll.

Ade juga kawan yang ajak saya JV untuk berniaga jus buah-buahan.. Tapi saya terpaksa tolak kerana saya tkut dgn commitment di bulan Ramadan.

Ramai juga yang mntk sy berniaga keropok lekor goreng seperti hari biasa sbb mereka rindukan lekor cecah sos homemade...😃

Sebabkan banyak permintaan, InsyAllah tahun depan saya akan niaga lekor goreng sepanjang bulan Ramadhan...

Doakan kita panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk bertemu Ramadhan 2019.....

Bazar di Dataran Senawang

Bazar di Dataran Senawang




No comments:

Post a Comment